Bah mari kita refresh balik ni rupa mee tauhu ...
Lets start ..
Ok, bahan2 untuk mee:
350gm mee kuning kering (direndam hingga lembut & toskan) *Ni kalau takde mee kering tu, pakai mee basah pun boleh atau mee sanggul
2 biji bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 biji cili besar - dihiris
Kicap pekat
Sedikit sos tomato
Garam
Gula
Serbuk perasa (jika suka)
Minyak masak
Cara menggoreng mee:-
Panaskan minyak.
Masukkan bahan2 yang ditumbuk.
Kacau sampai wangi.
Kemudian masukkan kicap dan sos tomato, garam dan gula.
Bila garam & gula sudah sebati dengan kicap & sos tomato, masukkan mee kuning.
Gaul sampai mee tersebut rata warna kicapnya.
Masukkan cili besar yang telah dihiris. Gaul rata dan biarkan seketika.
Bahan untuk tauhu masak taucu:-
5 ketul tauhu putih
4 ketul tauhu pok (tauhu gabus)
100 gm isi ikan tenggiri (kalau tiada, pakai fish ball pun boleh)
1 sudu makan tepung sagu
1 sudu teh tepung kanji
2 sudu makan taucu masin
2 sudu makan kicap pekat
2 ulas bawang putih sedikit hirisan daun bawang
Minyak makan
Garam dan gula
2 gelas air
Cara buat:-
Cara buat:-
Untuk Tauhu berisi ikan:
Belah dua tauhu putih tu.
Kemudian gunakan sudu kecik untuk mengeluarkan sedikit isi tauhu di tengah2.
Isikan bahagian yang berlubang itu dengan fish ball (dibelah dua) atau isi ikan tenggiri yang telah kisar bersama tepung sagu dan tepung kanji. (dikisar tanpa air).
Untuk tauhu gabus pula, tebuk satu lubang kecik pada mana2 bahagian tauhu gabus itu dan masukkan saja fishball (dibelah dua) atau isi ikan tenggiri.
Setelah itu, goreng sekejap tauhu2 tadi dan ketepikan.
Untuk kuah taucu:- Panaskan minyak dalam periuk.
Untuk kuah taucu:- Panaskan minyak dalam periuk.
Masukkan minyak dan tumis bawang putih.
Bila wangi, masukan taucu, Kacau rata.
Masukkan kicap dan tuangkan 2 gelas air, secubit garam dan 3 sudu makan gula.
Gaul rata sampai gula dan garam larut.
Bancuh sedikit tepung kanji (dalam 1 sudu makan gitu) dengan air dan kemudian masukkan ke dalam kuah yang telah mendidih sambil kacau.
Anda akan lihat kuah memekat sedikit.
Masukkan tauhu2 yang telah siap di goreng.
Biar hingga mendidih sekali lagi. Angkat dan taburkan daun bawang.
Rasa kuah taucu ni agak sedikit manis.
SELAMAT MENCUBA !!!!
Terima kasih share resepi ni cik. Semoga dimurahkan rezeki yg nelimpah selalu oleh Allah swt..aamiin
ReplyDeletetank 4 resepi..mantap..jdi ingat tawau..tpi sakit hati sangat2 bla ingat tawau..coz zy orang twau..bermastautin d twau..punya sijil lahir..sijil skolah..tp tak diakui warga malaysia..kesian kesian kesian..mudahan cuman zy yg alami sedemikian rupa..tank 4 malaysia..mantap jiwa
ReplyDeleteHai terima kasih resepie nyaa..
ReplyDeleteTq resipi
ReplyDeleteTq resepie
ReplyDelete