Hak terhadap harta atau lebih dikenali sebagai "rights to property"
bermaksud kuasa yang ada pada individu terhadap sesebuah harta. Secara umumnya,
ia merupakan satu hak asasi manusia yang mempunyai pelbagai spekulasi dan
permasalahaan yang timbul.
Di Malaysia, undang-undang tertinggi yang
menjadi sumber rujukan utama adalah Perlembagaan Persekutuan. Menurut Perkara 4 (1) Perlembagaan Persekutuan, ia menyatakan bahawa
ini ialah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang
diluluskan selepas Hari Merdeka yang tidak selaras dengan Perlembagaan ini
adalah tidak sah setakat ketidakselarasan itu. Hal ini membuktikan bahawa ia
menjadi sumber rujukan unggul kepada seluruh rakyat Malaysia. Selain itu,
perlembagaan ini mempunyai 15 Bahagian dan 183 Perkara yang lengkap berkaitan
pentadbiran, pemerintahan dan peruntukan-peruntukan lengkap untuk negara.
Tambahan lagi, ak ini diiktiraf dalam Perkara 17 Deklarasi Hak Asasi Manusia
Sejagat namun ia tidak diiktiraf dalam Perjanjian Antarabangsa mengenai
Hak Sivil dan Politik dan juga Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak Ekonomi,
Ssosial dan Kebudayaan.
Menurut perlembagaan Malaysia hak terhadap harta boleh dirujuk pada
Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan. Terdapat 2 subseksyen dibawah Perkara 13
Perlembagaan ini iaitu Perkara 13(1) dan Perkara 13(2). Perkara 13(1)
menyatakan bahawa tiada seorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut
undang-undang manakala Perkara 13(2) pula menyatakan dengan jelas iaitu tiada
undang-undang boleh memperuntukkan pengambilan atau penggunaan harta dengan
paksa tanpa pampasan yang memadai. Hak ini terletak di bawah Bahagian 2
Perlembagaan Persekutuan.
Terdapat banyak initipati dan tafsiran terhadap hak ini. Peruntukan
dibawah Perkara 13 ini banyak membantu dan menjadi sumber rujukan kepada
individu yang menghadapi sebarang masalah berkaitan harta. Di Malaysia, secara
amnya, terbahagi kepada 2 bahagian iaitu dari sudut sivil dan juga syariah.
Harta yang terkandung dibawah undang-undang syariah adalah seperti harta
pusaka, wakaf dan sebagainya. Bukan itu sahaja, dari sudut Islam, terdapat peruntukan dan prosedur tersendiri untuk dilaksanakan dan
dilalui untuk menyelesaikan sebarang permasalahan yang berlaku berkaitan harta
ini.
Dari sudut pandangan sivil, satu interpretasi dan tafsiran [1] di mana dengan lebih jelas lagi
menerangkan berkaitan permasalahan yang timbul serta penggunaan Perkara 13
Perlembagaan Persekutuan. Perkara ini amatlah penting dan dikaitkan dengan
kebebasan asasi.
“
|
Fasal 1: Tiada seorang pon boleh dilucutkan hartanya kecuali
undang-undang
Apa yang dapat ditafsirkan melalui peruntukan di atas ialah harta
seseorang boleh dilucutkan hak miliknya melalui sesuatu undang-undang yang
ada pada masa itu.
Fasal 2: Tiada undang-undang boleh
memperuntukkan pengambilan atau penggunaan harta dengan paksa tanpa pampasan
yang memadai. Hal ini membawa maksud bahawa harta seseorang itu boleh diambil
dengan pampasan yang memandai.
|
”
|
Kesimpulannya, peruntukan ini dengan jelas menunjukkan bahawa harta
seseorang boleh diambil atas dasar undang-undang dan melalui bayaran pampasan.
Apa yang jelas di sini ialah tiada kebebasan harta mutlak yang diberikan kepada
seseorang itu kerana Perlembagaan Persekutuan sendiri meletakkan pengecualian
kepada kebebasan hak terhadap harta individu.
Justeru, tidak hairanlah begitu banyak Akta yang diwujudkan sesuai
dengan Perkara 13 antaranya ialah Akta Pengambilan Tanah 1960 yang jelas
membenarkan pengambilan tanah individu dengan alasan untuk pembangunan ekonomi
oleh Pihak Berkuasa Negeri.[3]
Berdasarkan Seksyen 3 Akta Pengambilan Tanah 1960 menyatakan
bahawa tanah boleh diambil oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN) jika ia dikehendaki
untuk tiga tujuan:
(a) untuk sesuatu kemudahan awam; (b) oleh mana-mana orang atau badan
bagi apa-apa maksud yang pada pendapat PBN adalah berfaedah untuk pembangunan
ekonomi Malaysia atau mana-mana bahagian daripadanya atau kepada orang ramai
amnya atau mana-mana kelas orang ramai; atau (c) untuk tujuan perlombongan atau
kediaman, pertanian, perdagangan, industri atau tujuan rekreasi ataupun
kombinasi daripada tujuan-tujuan tersebut.
Asalnya seksyen 3(b) APT menyatakan bahawa PBN mempunyai kuasa untuk
mengambil tanah seseorang dengan tujuan untuk menjalankan kerja yang pada
pendapat PBN untuk kemudahan awam, pembangunan ekonomi, perlombongan atau
kediaman, pertanian,perdagangan, industri atau rekreasi. Kemudahan dalam konteks
ini membawa maksud seperti sekolah, masjid, hospital dan sebagainya.
Untuk pemahaman yang lebih jelas dapat dilihat berdasarkan kes Menteri Besar Negeri Sembilan (Pemerbadanan) v Pentadbir Tanah Daerah Seremban & Anor [4]di mana Mahkamah Rayuan memutuskan
bahawa:
Adalah jelas bahawa PBN boleh mengambil tanah bagi dirinya sendiri untuk
tujuan-tujuan yang dinyatakan di bawah seksyen 3(a) dan (c) dan boleh mengambil
tanah bagi pihak yang lain di bawah seksyen 3(b). Sebelum pindaan dibuat dalam
tahun 1991, PBN hanya boleh mengambil tanah untuk seseorang atau sesebuah
perbadanan yang menjalankan suatu kerja yang dalam pendapat mereka adalah untuk
kemudahan awam di bawah seksyen 3 (b). Walau bagaimanapun, dari 13 September
1991, PBN boleh mengambil tanah untuk seseorang atau sesebuah perbadanan bagi
apa-apa tujuan yang dalam pendapat mereka adalah bermanfaat terhadap
pembangunan ekonomi Malaysia atau apa-apa bahagian daripadanya atau kepada
orang awam secara am, ataupun apa-apa kelas orang awam.
Melalui kes ini jelaslah bahawa tiada istilah penguasaan mutlak kepada
individu terhadap tanah mereka kerana hak mereka boleh diambil dalam erti kata
pembangunan oleh Pihak Berkuasa Negeri. Perkara ini dengan jelas menidakkan hak
terhadap harta individu.
No comments:
Post a Comment