Wednesday 17 January 2018

HAK MEMILIKI HARTA

Hak terhadap harta atau lebih dikenali sebagai "rights to property" bermaksud kuasa yang ada pada individu terhadap sesebuah harta. Secara umumnya, ia merupakan satu hak asasi manusia yang mempunyai pelbagai spekulasi dan permasalahaan yang timbul.
Di Malaysia, undang-undang tertinggi yang menjadi sumber rujukan utama adalah Perlembagaan Persekutuan. Menurut Perkara 4 (1) Perlembagaan Persekutuan, ia menyatakan bahawa ini ialah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka yang tidak selaras dengan Perlembagaan ini adalah tidak sah setakat ketidakselarasan itu. Hal ini membuktikan bahawa ia menjadi sumber rujukan unggul kepada seluruh rakyat Malaysia. Selain itu, perlembagaan ini mempunyai 15 Bahagian dan 183 Perkara yang lengkap berkaitan pentadbiran, pemerintahan dan peruntukan-peruntukan lengkap untuk negara. Tambahan lagi, ak ini diiktiraf dalam Perkara 17 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat namun ia tidak diiktiraf dalam Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak Sivil dan Politik dan juga Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak Ekonomi, Ssosial dan Kebudayaan.

Menurut perlembagaan Malaysia hak terhadap harta boleh dirujuk pada Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan. Terdapat 2 subseksyen dibawah Perkara 13 Perlembagaan ini iaitu Perkara 13(1) dan Perkara 13(2). Perkara 13(1) menyatakan bahawa tiada seorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang manakala Perkara 13(2) pula menyatakan dengan jelas iaitu tiada undang-undang boleh memperuntukkan pengambilan atau penggunaan harta dengan paksa tanpa pampasan yang memadai. Hak ini terletak di bawah Bahagian 2 Perlembagaan Persekutuan.
Terdapat banyak initipati dan tafsiran terhadap hak ini. Peruntukan dibawah Perkara 13 ini banyak membantu dan menjadi sumber rujukan kepada individu yang menghadapi sebarang masalah berkaitan harta. Di Malaysia, secara amnya, terbahagi kepada 2 bahagian iaitu dari sudut sivil dan juga syariah. Harta yang terkandung dibawah undang-undang syariah adalah seperti harta pusaka, wakaf dan sebagainya. Bukan itu sahaja, dari sudut Islam, terdapat peruntukan dan prosedur tersendiri untuk dilaksanakan dan dilalui untuk menyelesaikan sebarang permasalahan yang berlaku berkaitan harta ini.
Dari sudut pandangan sivil, satu interpretasi dan tafsiran [1] di mana dengan lebih jelas lagi menerangkan berkaitan permasalahan yang timbul serta penggunaan Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan. Perkara ini amatlah penting dan dikaitkan dengan kebebasan asasi.
Menurut Perkara 13[2]:
Fasal 1: Tiada seorang pon boleh dilucutkan hartanya kecuali undang-undang
Apa yang dapat ditafsirkan melalui peruntukan di atas ialah harta seseorang boleh dilucutkan hak miliknya melalui sesuatu undang-undang yang ada pada masa itu.
Fasal 2: Tiada undang-undang boleh memperuntukkan pengambilan atau penggunaan harta dengan paksa tanpa pampasan yang memadai. Hal ini membawa maksud bahawa harta seseorang itu boleh diambil dengan pampasan yang memandai.
Kesimpulannya, peruntukan ini dengan jelas menunjukkan bahawa harta seseorang boleh diambil atas dasar undang-undang dan melalui bayaran pampasan. Apa yang jelas di sini ialah tiada kebebasan harta mutlak yang diberikan kepada seseorang itu kerana Perlembagaan Persekutuan sendiri meletakkan pengecualian kepada kebebasan hak terhadap harta individu.
Justeru, tidak hairanlah begitu banyak Akta yang diwujudkan sesuai dengan Perkara 13 antaranya ialah Akta Pengambilan Tanah 1960 yang jelas membenarkan pengambilan tanah individu dengan alasan untuk pembangunan ekonomi oleh Pihak Berkuasa Negeri.[3]
Berdasarkan Seksyen 3 Akta Pengambilan Tanah 1960 menyatakan bahawa tanah boleh diambil oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN) jika ia dikehendaki untuk tiga tujuan:
(a) untuk sesuatu kemudahan awam; (b) oleh mana-mana orang atau badan bagi apa-apa maksud yang pada pendapat PBN adalah berfaedah untuk pembangunan ekonomi Malaysia atau mana-mana bahagian daripadanya atau kepada orang ramai amnya atau mana-mana kelas orang ramai; atau (c) untuk tujuan perlombongan atau kediaman, pertanian, perdagangan, industri atau tujuan rekreasi ataupun kombinasi daripada tujuan-tujuan tersebut.
Asalnya seksyen 3(b) APT menyatakan bahawa PBN mempunyai kuasa untuk mengambil tanah seseorang dengan tujuan untuk menjalankan kerja yang pada pendapat PBN untuk kemudahan awam, pembangunan ekonomi, perlombongan atau kediaman, pertanian,perdagangan, industri atau rekreasi. Kemudahan dalam konteks ini membawa maksud seperti sekolah, masjid, hospital dan sebagainya.
Untuk pemahaman yang lebih jelas dapat dilihat berdasarkan kes Menteri Besar Negeri Sembilan (Pemerbadanan) v Pentadbir Tanah Daerah Seremban & Anor [4]di mana Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa:
Adalah jelas bahawa PBN boleh mengambil tanah bagi dirinya sendiri untuk tujuan-tujuan yang dinyatakan di bawah seksyen 3(a) dan (c) dan boleh mengambil tanah bagi pihak yang lain di bawah seksyen 3(b). Sebelum pindaan dibuat dalam tahun 1991, PBN hanya boleh mengambil tanah untuk seseorang atau sesebuah perbadanan yang menjalankan suatu kerja yang dalam pendapat mereka adalah untuk kemudahan awam di bawah seksyen 3 (b). Walau bagaimanapun, dari 13 September 1991, PBN boleh mengambil tanah untuk seseorang atau sesebuah perbadanan bagi apa-apa tujuan yang dalam pendapat mereka adalah bermanfaat terhadap pembangunan ekonomi Malaysia atau apa-apa bahagian daripadanya atau kepada orang awam secara am, ataupun apa-apa kelas orang awam.
Melalui kes ini jelaslah bahawa tiada istilah penguasaan mutlak kepada individu terhadap tanah mereka kerana hak mereka boleh diambil dalam erti kata pembangunan oleh Pihak Berkuasa Negeri. Perkara ini dengan jelas menidakkan hak terhadap harta individu.


Wednesday 10 January 2018

HOW TO TREAT OTHERS WITH RESPECT


Treating people with respect makes your world a nicer place to live in, whether its at home or out in your community. And its easy - all you have to do is treat people the way you like to have them treat you. Here are a few ideas...

- Dont insult people or make fun of them
- Listen to others when they speak
- Be considerate of people's like and dislike
- Dont mock or tease people
- Dont talk about people behind their backs
- Be sensitive to other people feelings
- Dont pressure someone to do something he or she doesnt want to do.

We live in a diverse nation made up of many diffrent cultures, languages, races and backgrounds. That kind of variety can make all our lives a lot more fun and interesting, but only if we get along with each other. And to do that what we have to respect each other. Okay here are some ways we can respect people who are different from us ...

- Try to learn something ftom the other person
- Never stereoptype people
- Show interest and appreciation for other peoples cultures and backgrounds
- Dont go along with prejudices and racist attitudes..


FAVORITE PRODUCT skin care

clinelle

Clin means: Clinically tested

elle means : light

Clinelle skin care made its first appearance in 2004. Since then, they expanded clinelle brand distribution network through chain pharmacies, independent pharmacies Malaysia and Hong Kong.

Growing through the years, Clinelle skin care has created its professional products using an integrated Envinix to free skin from rapid internal and external environment aggressions that affect skin immunity.

With RX3 Action to Repair, Refine and Reshield skin for optimized skin health. All Clinelle products are dermatologically tested for its tolerance and also formulated with 6 secrets to the happy skin which excludes potential harmful ingredients :
No artificial coloring, No artificial fragrances, No lanolin, No mineral oil, No SD-alcohol and No comedogenic ingredients.

Clinelle mission :

Safe skin care products for us.

Thats why I choose Clinelle as my Skin Care. Clinelle taking care of our skin care concerns and skin care problems seriously. Im very sure the safest product with visible results is Clinelle.




llaollao NATURAL FROZEN YOGURT


llaollao is Frozen Yogurt.
As its natural, its one of the healthiest and most recommended products in the world and its high nutritional value.

It is made from Skimmed Milk at the moment of serving and combined with the finest toppings (from freshly-chopped seasonal fruits to cereals, fun crunchy toppings and delicious sauces), making it even more delicious and healthy.


It is recommended for all ages, in particular children, pregnant women and the elderly as it helps our body develop during these important stages of life.


Plus, as it creamier, is less cold and melts much more slowly than traditional ice cream, llaollao is appetising at any time of year....
Its only natural that you'll enjoy it.

Thats why llaollao NEVER CLOSES...

HAK MEMILIKI HARTA

Hak terhadap harta  atau lebih dikenali sebagai " rights to property " bermaksud kuasa yang ada pada individu terhadap sesebuah h...